Peranan
guru adalah penting dalam mendidik para pelajar. Bahkan di dalam kelas pula
guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik malahan fasilitator dan pemudahcara. Oleh yang demikian, mempelbagaikan
kaedah pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan mendalami isi
kandungan
yang hendak diajar merupakan amalan guru yang berkesan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Umum mengetahui bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM)
merupakan aspek yang penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap guru dalam
setiap proses pengurusan alam pembelajaran. Hal ini kerana tidak lengkaplah
pembelajaran dan pengajaran (PdP) tanpa BBM.
Menurut Faizah Ja’far (2017), Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau pelajar untuk membantu melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas. Trudy K. Stewart
(1999) menjelaskan bahawa BBM digunakan oleh guru, fasilitator dan tutor untuk
membantu murid menguasai bacaan dan kemahiran lain.
Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Menurut Jasmi et al. (2011) menyatakan bahawa BBM
diklasifikasikan
Berpola - pola utama : buku teks, komputer dan LCD
Berpola - pola utama : buku teks, komputer dan LCD
-
pola
sampingan : kertas edaran dan modul, buku rujukan, kertas mahjong dan gambar
berkaitan P&P.
· Bukan Pola - carta, kaset, akhbar dan keratan, buku latihan, movie
dan video, radio, fail audio, papan hitam dan putih, kertas manila kad dan OHP
serta transparensi.
Manakala,
Menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan bahawa BBM
diklasifikan kepada
· Elektronik - radio, projektor dan slide, televisyen, video dan alat
yang berbantukan komputer.
· Bukan Elektronik - majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar
yang berkaitan dengan PdP.
Namun
secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa bahan bantu (BBM) dapat
diklasifikasikan kepada tiga iaitu :
· Elektronik - radio, projektor dan slide, televisyen, video dan alat
yang berbantukan komputer.
· Bukan elektronik - majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar
yang berkaitan dengan PdP.
· Pengalaman
– iaitu bercorak pengalaman melalui aktiviti pembelajaran seperti lawatan,
projek, kajian, serta pameran-pameran.
Seterusnya
guru perlu mengenal pasti Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai sebelum
menggunakannya. Ini kerana bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam
pemilihan bahan bantu mengajar (BBM) adalah
- Guru mestilah memastikan bahawa bahan bantu(BBM) mengajar yang dipilih adalah menepati konsep dan objektif pembelajaran. Ini bagi mengelakkan guru keluar dari konsep sebenar pembelajaran.
- Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan pelajar iaitu dengan melihat peringkat umur dan tahap pengajian pelajar.
- Bahan bantu mengajar (BBM) yang dipilih juga mestilah sesuai dengan memastikan penggunaan bahasa dan masa yang mencukupi untuk setiap bahan yang digunakan.
Di samping
itu, prinsip pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) juga memainkan peranan penting
dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baik. Antaranya adalah
- Guru hendaklah mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM). Dengan itu, pelajar dapat meningkatkan pengalaman dalam pelbagai aspek.
- Mutu bahan bantu mengajar (BBM) mesti dititikberatkan seperti pembinaannya yang jelas. Contohnya, video yang disediakan oleh guru mestilah jelas serta tiada kecacatan.
- Bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan mestilah cekap iaitu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
BBM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi memastikan guru menyampaikan
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran adalah lebih jelas dan sistematik
serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kepelbagaian bentuk BBM
mampu meningkatkan kefahaman serta pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik
yang mereka akan pelajari. Ini sekali gus dapat meningkatkan prestasi pelajar
serta mencapai objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.
Sejajar dengan peredaran zaman, BBM yang digunakan oleh para guru
juga mestilah dipelbagaikan dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dalam
sesuatu subjek tersebut. Oleh itu, guru mestilah kreatif dan inovatif dengan sentiasa memikirkan bahan
pembelajaran untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Di samping itu, dengan pengunaan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru-guru juga dapat
menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap
PdP. Seterusnya
dapat melahirkan suasana pembelajaran yang menarik.
Seterusnya,
guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid iaitu
dengan menggunakan bantuan BBM supaya guru mudah membentuk dan menerapkan
nilai-nilai serta amalan yang baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang
dan berkualiti dari pelbagai aspek. Bukan itu sahaja, dengan melakukan
pengajaran yang berpusatkan pelajar juga dapat meningkatkan mutu sahsiah
pelajar serta melatih mereka untuk bekerja dalam kumpulan dan berkelompok.
Contohnya, pelajar dibahgikan kepada kumpulan kecil dan diberikan satu bahan
kitar semula dan perlu menghasilkan satu produk mengikut kreativiti pelajar.
Dari aktiviti tersebut, pelajar dapat memupuk kersama serta toleransi semasa
pelajar. Justeru, dengan bantuan BBM ini dapat memudahkan pelajar serta meningkatkan
kualiti dalam diri pelajar.
Justeru, pada zaman yang penuh dengan kecanggihan
teknologi ini, guru perlulah sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai demi masa
depan negara kita.
Rujukan
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Daerah Pontian. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Skudai.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab.Halim Tamuri & Mohd
Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam
Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal
of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Norfazila Abdul Malik. (2013). Penerapan Ciri-Ciri Guru Berkesan
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Latihan Mengajar Dalam Kalangan
Pelajar Sarjana Uthm. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Wan Eziela Wan Aziz. (2014). Pelaksanaan Pengurusan Kurikulum Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Kluster Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Wan Eziela Wan Aziz. (2014). Pelaksanaan Pengurusan Kurikulum Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Kluster Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

No comments:
Post a Comment